2016년 8월 17일 수요일

Selamat semua!

Tema hari ini adalah Istana (Palaces) dan Kuil (Shrine). Seoul mempunyai sejumlah 5 Istana (Changdeokgung, Deoksugung, Unhyeongung, Changgyeonggung dan Gyeongbokgung) dan satu Kuil (Jongmyo).

Lima seni bina ini mempunyai seni bina yang sama, tetapi setiap satu istana mempunyai sejarah yang berbeza. Istana Changdeokgung adalah kegemaran saya kerana istana Changdeokgung telah dipelihara dengan baik dan masih mempunyai banyak ciri-ciri asalnya. Untuk 270 tahun, Istana Changdeokgung adalah rumah kepada kerajaan Joseon dan juga kediaman yang disukai banyak oleh raja-raja Dinasti Joseon. Ini menjadikan Istana Changdeokgung paling lama berkhidmat kepada istana kediaman diraja.

Di 1997, Istana Changdeokgung telah ditambah ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Bukan itu saja, Istana Changdeokgung mempunyai satu taman yang istimewa dipanggil Huwon. Huwon telah digunakan sebagai tempat percutian oleh ahli-ahli keluarga diraja.

Kalian perlu melawat ke Istana Changdeokgung jika anda mempunyai peluang untuk datang ke Seoul, South Korea!

*Gambar-gambar telah dilampirkan di bawah*

-Malaysian-


댓글 없음:

댓글 쓰기